Antara Sinar & Cahaya
Masa di mana ilmu metafizik tidak dapat membedakan di
antara sinar dan cahaya, kita menemui konsep sains al Quran dalam masalah ini
salah satunya Al Quran menerangkan tentang matahari. Al Quran mengilustrasikan
matahari sebagai sinar dan menggambarkan bulan sebagai cahaya,ini adalah satu
bentuk ayat wasfiyah,sebagaimana Firman Allah SWT:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ
الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ
لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللّهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: "Dialah yang menjadikan
matahari bersinar dan bulan bercahaya..."(Surah Yunus : 5)
Sinar adalah suatu yang terpancar langsung dari benda yang terbakar serta bercahaya dengan sendirinya manakala sinar ini jatuh pada benda yang gelap maka sinar tersebut akan memancar.
تَبَارَكَ
الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاء بُرُوجاً وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجاً وَقَمَراً
مُّنِيراً
Maksudnya: "Maha suci Allah yang menjadikan di
langit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya siraaj dan bulan
yang munir." (surah al-Furqan ayat 61)
Hal yang sama ditekankan dalam surah al-Nabak ayat 13
yang bermaksud, "Dan Kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu
matahari)."
Dalam surah an-Nuh ayat 15 hingga 16 pula Allah berkata,
"Tidakkah Kamu perhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit
bertingkat-tingkat dan Allah menciptakan pada langit-langit itu bulan sebagai nuur
dan matahari sebagai siraaj."
Di dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern
Written Arabic, siraj diertikan sebagai 'lamp', 'light' yang bermaksud
'pelita', 'lampu,. Makna wahaaja pula adalah burn, blaze, flame yang
bermaksud membakar, menyala, berapi. Justeru matahari sebagai siraaj dan
siraajan wahaaja mengeluarkan cahaya sendiri melalui proses tertentu
yang berlaku di dalamnya.
Nuur
diertikan sebagai brightness, gleam, glow yang bermaksud bercahaya, menyilau. Muniir
pula diertikan sebagai luminous, radiant, shining yang bermaksud bercahaya,
bersinar. Justeru bulan sebagai nuur dan muniir tidak
mengeluarkan cahaya sendiri sebaliknya ia mamantulkan cahaya matahari yang
menimpanya.
Ayat-ayat ini menjelaskan mengenai perbezaan
antara matahari dan bulan dalam konteks cahaya yang dikeluarkan kedua-duanya.
Mengikut al-Quran, matahari membakar dan dengan itu mengeluarkan cahaya
sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya. Kiasannya
adalah seperti lampu dan cermin, lampu mengeluarkan cahaya, sedangkan cermin
hanya memantulkan cahaya.
Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan
sains semasa kerana matahari adalah sebuah bintang sedangkan bulan adalah
satelit. Seperti bintang-bintang yang lain, kestabilan matahari dan sinaran
cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang mampu
dihasilkannya.
Perbezaan jelas antara sinar dan cahaya sudah diterangkan
oleh Allah SWT 1400 tahun silam yang menjadi penegas bagi mukjizat sains Al
Quran Al Karim.
Sebenarnya ilmu metafizik yang ada dalam
kehidupan kita waktu ini merupakan akumulasi ilmu pengetahuan di kurun ke 21 tetapi
baru beberapa tahun terakhir sahaja ilmu metafizik dapat membezakan di antara
sinar dan cahaya.
Semoga Bermanfaat....
0 Response to "Perbedaan Antara Sinar dan Cahaya Menurut Al-Quran"
Post a Comment